Saturday 10 December 2011

Fungsi Dan Jenis-Jenis Vitamin

Vitamin sangat penting untuk menjaga kesihatan badan kita. Fungsi vitamin juga sangat penting sebagai zat untuk mempercepatkan proses penyembuhan penyakit, meningkatkan kisihatan badan serta memperlambatkan proses penuaan.

Bagi kanak-kanak, fungsi vitamin sangat penting untuk memperlancar proses pertumbuhan  serta membangun sistem kekebalan tubuh. Keberadaan vitamin bagi tubuh kita sangatlah penting. Bahkan, vitamin tidak hanya diperlukan oleh manusia saja, haiwan juga memerlukan vitamin untuk tubuh mereka.
Jenis-jenis dan fungsi vitamin
Vitamin A - Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki   struktur kulit serta mengelakkan rabun.




Vitamin C - Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


Vitamin D -  Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E - Mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.


Vitamin K - Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.


Vitamin B - Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma. Vitamin boleh dibahagikan kepada Vitamin B1, B2, B3, B9, B12








Saturday 3 December 2011

Pengajaran dan pembelajaran mengenai Vitamin

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, saya pernah menyampaikan pengetahuan tentang pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit dengan pengambilan vitamin. Saya dapati adalah perlu untuk memberi sedikit penerangan ringkas mengenali vitamin. Ini adalah disebabkan dalam bayangan dan ingatan murid-murid, kebanyakan mereka hanya mengenali vitamin C sahaja. Kalau ditanya tentang fungsi vitamin C, murid-murid akan mengatakan vitamin C adalah sejenis ubat yang akan menyihatkan badan kita.
Saya memberitahu murid-murid bahawa vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia membantu pertumbuhan proses, karbohidrat dan lemak dalam badan kita. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Sebagai pendidik, guru perlulah mengingatkan murid bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian, makanan dan minuman seperti susu atau buah-buahan membekalkan vitamin yang tinggi.
Makanan yang boleh menggantikan vitamin
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
  • Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
  • Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
  • Nanas - vitamin A, B, dan C.
  • Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
  • Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
  • Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
  • Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
  • Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

Saturday 26 November 2011

Lagu Kesihatan: SIHAT SEJAHTERA

Kementerian Kesihat Malaysia telah melancarkan kempen kesihatan pada tahun 2008. Berikut adalah lyric lagu tema: Sihat Sejahtera. lagu tema Kementerian Kesihatan Malaysia





MTV lagu "Sihat Sejahtera juga boleh ditoton di YouTube melalui pautan berikut:


Selamat menonton!

Garis Panduan Penyediaan Makanan Kanak-kanak

Penyediaan dan  pengendalian  makanan di kelas Tabika Perpaduan yang bersih  teratur dan selamat  adalah  amat  penting  kerana  ianya  berkait secara  langsung dengan pemberian  makanan  seimbang  yang menyumbang  kepada  kesihatan dan  kesejahteraan  kanak­kanak.

Sehubungan  itu,  peraturan dan prosedur dalam penyediaan dan pengendalian makanan kanak­kanak Tabika Perpaduan perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat tersebut.

Dalam tahun 2006, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi National di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan pekeliling tentang garis panduan penyediaan makanan kanak-kanak. Surat Pekeliling tersebut diedarkan untuk menjelaskan peraturan dan prosedur dalam urusan penyediaan dan pengendalian makanan kanak-kanak Tabika Perpaduan.

Surat  Pekeliling tersebut merangkumi peraturan­peraturan  dan prosedur­prosedur penting  dalam aspek pengurusan pentadbiran,  penyediaan  dan pengendalian  makanan  kanak­kanak Tabika Perpaduan.  Ia telah menjadi rujukan utama  kepada semua pengawai Jabatan yang mengawasi Tabika Perpaduan. Hasrat usaha tersebut dapat menyumbangkan kepada peningkatan
kecekapan  dan keberkesanan dalam pengurusan  dan pentadbiran Tabika Perpaduan.

Menurut perintah, pekeliling tesebut hendaklah diikuti dan  dipatuhi sepenuhnya  oleh  semua Pegawai Jabatan,  Guru,  Penolong  Guru, Ahli Jawatankuasa  Rukun
Tetangga dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP).

Surat pekeliling tersebut boleh dirujuk pada pautan berikut: KLIK_SINI

Pemakanan Pyramid

Pemakanan Pyramid selalu digunakan sebagai rujukan untuk orang ramai dalam pemilihan makanan terutamanya orang yang berdiet. Dalam gambarajah Pemakanan Pyramid dibawah, ia menunjukkan kekerapan dan kategori makanan yang harus diutamakan oleh kita. Menurut gambarajah, makanan yang ditunjukkan di bahagian atasan piramid harus dikurangkan. Disebaliknya, makanan yang ditunjukkan di bahagian bawahan perlu diutamakan.
Kita seharusnya memakan lebih biji-bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak untuk memastikan badan kita sihat. Makanan daging harus dikurangkan kerana ia mengandungi kolestrol yang lebih tinggi. Begitu juga dengan makanan tenusu seperti mentega. Elakkan makanan karbohidrat yang banyak kerana ia boleh menyebabkan bermacam jenis penyakit seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan juga kanser. 

Apabila kita makan makanan  hidangan, sebaiknya ialah 1 bahagian nasi perang, 1 bahagian ikan atau daging atau ayam, 1 bahagian sayuran mentah dan 1 bahagian buahan, dan di samping itu sedikit kekacang, bijian dan yogut.

Untuk menjadi badan kita sihat, kita perlu minum air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Walau bagaimanapun elakkan minum air sejuk selepas makan kerana air sejuk akan membekukan lemak dalam makanan dan merosakkan zat dan strukturnya dan ini tidak baik untuk kesihatan
Selain daripada makan makanan yang sihat dan berhasiat, kita perlu sering bersenam kerana ia boleh meningkatkan circulasi darah badan lalu menyingkirkan baragan toksik daripada badan.


Thursday 24 November 2011

Kauseling Kesihatan

Selain mengajar ilmu pengetahuan di dalam kelas, murid-murid juga diberikan peluang untuk mendapatkan kauseling daripada guru-guru supaya dapat menyelesaikan masalah peribadinya. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma oleh sekolah dan dilaksanakan oleh guru kauseling.



Guru pendidikan jasmani dan kesihatan akan memberikan kauseling kesihatan. Perkhidmatan ini diberikan dalam tiga kali seminggu. Jadual perkhidmatan kauseling adalah seperti berikut:
Isnin 12:00 pm - 1:00 pm
Rabu 12:00 pm - 1:00 pm
Jumaat 12:00 pm - 1:00 pm

Murid-murid boleh membuat temujanji melalui Internet. Sila rujuk kepada sudut
"Temujanji Kauseling Kesihatan" di laman web Blog ini. Murid-murid dinasihatkan menggunakan perkhidmatan ini dengan cermat dan sepenuhnya.

5 Sarapan Pagi Yang Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Makanan yang berkhasiat boleh menjamin kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak. Bukan sahaja makanan yang berkhasiat yang penting, kanak-kanak juga diberikan makanan yang seimbang setiap hari.

Cuba melihat pautan video dari YouTube berikut tentang 5 set sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang untuk kanak-kanak. Kombinasi makanan harian yang ditunjukkan boleh dijadikan sebagai rujukan semua.


Tuesday 22 November 2011

Kajian makanan sarapan pagi yang sering di makan oleh murid saya

Dalam pengajaran dan pembelajaran, saya telah menyoal murid mengenai jenis makanan dalam sarapan mereka. Kebanyakan jawapan murid ialah roti, susu, kuih-muih, Milo, Mamee Monster, kek dan biskut. Saya dapati ramai diantara mereka tidak makan sarapan, alasan mereka ialah tidak sempat makan, ibu tidak menyediakan makanan, tiada selera memakan pada awal pagi.

Dalam kajian saya, saya telah menunjukkan gambar sarapan pagi yang sering dijumpa di Malaysia. Murid diminta membuat perbandingan dengan jawapan masing-masing. Seterusnya, saya meminta murid membentangkan pendapat masing-masing di depan kelas.






Saya dapati walaupun murid-murid tahu serba sedikit mengenai kepentingan makanan kepada kesihatan badan. Namun, dalam kehidupan harian, ramai di antara murid telah mengabaikan atau boleh dikatakan tidak mementingkan kandungan khasiat dalam makanan mereka.
Dalam pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah membuat penerangan tentang khasiat makanan dan kepentingannya. 

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan  badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. Makanan yang mencukupi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum. Kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting kea rah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama keluarga mestilah berkhasiat dan sihat.

Makanan Berkhasiat Dalam Menu Utama

Dalam pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah rendah, saya mengetahui bahawa ada ramai murid tidak tahu tetang kepentingan makan sarapan pagi.  Oleh kerana kesuntukan masa dalam waktu pagi untuk mengejar masa ke sekolah, ramai murid tidak makan sarapan pagi. Memandangkan sarapan pagi adalah begitu penting kepada kanak-kanan, terutamanya golongan murid sekolah rendah yang amat memerlukan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran badan, saya dedikasikan blog ini untuk mengkongsikan ilmu pengetahuan saya tentang makanan berkhasiat untuk rujukan ramai terutamanya murid-murid di sekolah rendah.