Saturday 3 December 2011

Pengajaran dan pembelajaran mengenai Vitamin

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, saya pernah menyampaikan pengetahuan tentang pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit dengan pengambilan vitamin. Saya dapati adalah perlu untuk memberi sedikit penerangan ringkas mengenali vitamin. Ini adalah disebabkan dalam bayangan dan ingatan murid-murid, kebanyakan mereka hanya mengenali vitamin C sahaja. Kalau ditanya tentang fungsi vitamin C, murid-murid akan mengatakan vitamin C adalah sejenis ubat yang akan menyihatkan badan kita.
Saya memberitahu murid-murid bahawa vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia membantu pertumbuhan proses, karbohidrat dan lemak dalam badan kita. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Sebagai pendidik, guru perlulah mengingatkan murid bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian, makanan dan minuman seperti susu atau buah-buahan membekalkan vitamin yang tinggi.
Makanan yang boleh menggantikan vitamin
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
  • Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
  • Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
  • Nanas - vitamin A, B, dan C.
  • Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
  • Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
  • Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
  • Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
  • Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.

Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.
Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

No comments:

Post a Comment