Penyediaan dan pengendalian makanan di kelas Tabika Perpaduan yang bersih teratur dan selamat adalah amat penting kerana ianya berkait secara langsung dengan pemberian makanan seimbang yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan kanakkanak.
Sehubungan itu, peraturan dan prosedur dalam penyediaan dan pengendalian makanan kanakkanak Tabika Perpaduan perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi mencapai matlamat tersebut.
Dalam tahun 2006, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi National di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan pekeliling tentang garis panduan penyediaan makanan kanak-kanak. Surat Pekeliling tersebut diedarkan untuk menjelaskan peraturan dan prosedur dalam urusan penyediaan dan pengendalian makanan kanak-kanak Tabika Perpaduan.
Surat Pekeliling tersebut merangkumi peraturanperaturan dan prosedurprosedur penting dalam aspek pengurusan pentadbiran, penyediaan dan pengendalian makanan kanakkanak Tabika Perpaduan. Ia telah menjadi rujukan utama kepada semua pengawai Jabatan yang mengawasi Tabika Perpaduan. Hasrat usaha tersebut dapat menyumbangkan kepada peningkatan
kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan.
Menurut perintah, pekeliling tesebut hendaklah diikuti dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua Pegawai Jabatan, Guru, Penolong Guru, Ahli Jawatankuasa Rukun
Tetangga dan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP).
Surat pekeliling tersebut boleh dirujuk pada pautan berikut: KLIK_SINI
No comments:
Post a Comment